Wednesday, September 24, 2008

Sabah Explorer


Silhouette Me, originally uploaded by Sarolazmi.

Lama dah aku tak menulis apa-apa disini. Sibuk dengan tugas serta menyesuaikan diri ditempat yang agak asing bagi aku budayanya. Lebih-lebih lagi makanan! Hampir dua minggu aku disini, 4 hari aku demam, tapi kerja tetap kena kerja. Aku dah mula rindu dengan semenanjung. Pada anakku, isteri, keluarga dan juga teman-teman.

Nasib baiklah aku sentiasa sibuk, jika tidak sudah pasti aku akan mengelamun setiap hari. Dalam tempoh dua minggu disini, boleh dikatakan aku dah hampir habis mengelilingi daerah Tuaran dan Ranau. Banyak juga pengalaman berharga aku dapat. Priceless, speechless and adventurous!

Di entry akan datang akan aku cuba selitkan gambar serta penglaman aku di Sabah...sebab sekarang ni banyak gambar yg belum aku process...rasanya dah lebih 20gb!

Wednesday, September 10, 2008

Photographer Dreams


Photographer Statue, originally uploaded by Sarolazmi.

Sampai bilakah aku akan bertahan dalam bidang ini?
Adakah ini kerjayaku?

Saturday, September 6, 2008

Paddy Village at Parit Buntar



Paddy Village at Parit Buntar, originally uploaded by Sarolazmi.

Dari dahulu lagi aku memang teringin sangat merasa dapat tinggal dikawasan kampung yang dikellingi dengan sawah padi. Kawasan yang bagiku amat cantik indah dan permai. Apatah lagi jikalau zaman kanak-kanak dapat dikembalikan, sudah pasti aku akan berkubang dalam kotak-kotak sawah! Berkejaran menerbangkan layang-layang, menangguk ikan disawah ataupun paling tidak, dikejar oleh bapaku dengan rotan kerana leka bermain tanpa menghiraukan kerja rumah!

Senario yang kugambarkan seperti diatas mungkin sudah tidak kelihatan lagi dizaman sekarang. Yelah, kebanyakan orang muda sekarang ini lebih selesa hidup dibandar jika hendak dibandingkan kehidupan dikampung. Kanak-kanak pula dari awal didedahkan dengan permainan video, computer, kompleks membeli belah, taman-taman permainan, dan internet!

Friday, September 5, 2008

Indah Alam Ciptaan Ilahi



Sesekali pergi ke tempat seperti ini pasti akan menenangkan jiwa. Apatah lagi mendengar kicauan burung serta deruan air sungai yang jernih  mengalir. Naluri hati ini akan meronta-ronta untuk berendam kedalamnya. Itu sudah pasti bagiku yang meminati keindahan alam ciptaan Tuhan yang Esa. 

Keindahan alam seperti ini jika tidak dipelihara dari sekarang, besar kemungkinan generasi akan datang akan hanya mampu menatap melalui gambar sahaja. "Abah, sungai tu macam longkang ini ker?", mungkin itulah soalan yang akan ditanya oleh anak-anak kita nanti.

"FIKIR DULU SEBELUM BUANG"
"KEEP OUR NATURE CLEAN"


Pekan Baru Motocross


Bila lagi peluang akan tiba? Kepingin hendak ke
Sabak Bernam lagi jika ada kelapangan..
Kawasan yang indah dalam negeri Selangor. 
Dan aku rasa, lokasi yang selalu menjadi perhatian pada
producer filem di Malaysia ni buat penggambaran.

Lihat saja pada gambar ini, kebetulan hari itu memang panas terik.
Sehingga tiada awan. Yang kelihatan cuma langit nan biru.


My Son Aqil Za'im


Putera sulung aku. Hampir tidak percaya bahawa aku sudah 
menjadi seroang bapa. Agaknya begitulah perasaan semua
bapa didunia ini. Aku bertuah kerana dapat melihat kebesaran
Allah S.W.T didepan mataku sendiri dengan menyaksikan kelahiran Aqil. 
Suatu keajaiban yang maha agung. Aku juga bersyukur kerana
dikurniakan anak lelaki serta tarikh yang cantik buat anakku.
Aqil Za'im, seminggu aku mencari ilham untuk menamakannya.

Alhamdulillah..akhirnya gabungan dua nama iaitu Aqil membawa
maksud bijak manakala Za'im pula pemimpin. Ketika ini aku sedang merinduinya.
Rindu yang tidak dapat disamakan seperti rindu kepada kekasih mahupun isteri.
Aku dapat lihat darah yang mengalir dalam tubuh Aqil adalah sebahagian dari 
darah aku..

Tak dapat aku bayangkan jika sesuatu yang buruk terjadi padanya. Ya Allah, aku memohon padamu lindungilah Aqil Za'im. Kau jadikanlah dia seorang anak yang soleh dan taat pada kedua orang tuanya serta pada agamanya. Amin