Monday, October 12, 2009

Aqil Trip To Kuantan





Kali ini cerita trip Aqil ke Kuantan plak...masa raya dalam perjalanan nak balik ke Temerloh dari Kuala Terengganu. Alang-alang tu bawa keluarga bercuti..lama tak beriadah dengan keluarga...lebih2 lagi Aqil yang meningkat 'nakal'...penat jangan cerita laaa...tapi bila tengok wajah anak yang riang, gembira bermain pasir pantai dan ombak...hilang rasa penat. Takpe...lain kali akan bawa Aqil ke Mabul plak...

Saturday, August 8, 2009

Year 1


Alhamdulillah...hari ini 8 Ogos 2009 Aqil anak aku cukup setahun. Membesar dengan sihat dan comel. Makin hari bertambah sayang padanya. Blog ini juga aktif kerana dia. hehe..hampir 7 bulan tak update. Hari ini juga Aqil rajin berjalan. Walaupun kekadang jatuh...tapi aku bangga, Aqil dah pandai berjalan!

Maka bermulalah 1 lagi episod dalam perjalanan hidup Aqil Za'im. Lepas ni sure aku kena kerap bawak dia pergi ronda2 taman...hahahah...Aqil dah pandai main cak cak ngan orang, pandai memberontak, pandai nak lari bila dipakaikan lampin!

Agaknya masa aku kecil dulu pun macam ni laa rupanya...hahah..sian mak aku...mak...saya sayang mak! Aqil jugak dapat kasih sayang dari mak aku...kalau Aqil balik kampung (Terengganu) lama...sure mak aku suruh ambil Aqil balik ke Serdang cepat.

Tuesday, January 6, 2009

The Best of Year 2008

Ini serba sedikit gambar2 yang aku ambil sekitar tahun 2008. Banyak sgt masa terluang so aku pun buat laa slidshow yang tak seberapa ini..heheh..music pun bertebabooooo...blasah jelah janji apa yg aku nak sampaikan pada korang seme...sampai. Bulan depan berkemungkinan besar aku akan menjelajah seluruh indonesia mecari gambar. Ini platform aku untuk buat solo exhibition nanti..doakanlah semoga rancangan aku berjaya.

toceh....toceh...everyone

Friday, December 12, 2008

Me & Murut


Me & Murut, originally uploaded by Sarolazmi.

Gambar kenangan bersama rakan yang berbangsa murut di Nabawan. Bertuahnya saya berkenalan dengan Andy (yg kanan) kerana masih lagi aktif mempromosikan kebudayaan masyarakat Murut ke seluruh pelosok tanah air. Kenangan yang amat berharga ketika di Nabawan.

Tuesday, November 11, 2008

Borneo Africa


Borneo Africa, originally uploaded by Sarolazmi.

Permulaan untuk 'wajah-wajah' Sabah...aku tiada masa untuk upload sejak kebelakangan ini...sibuk memanjang..jadi ini aja laa yang aku mampu nak pertontonkan dahulu...sekain..huhuuuuu

Monday, October 6, 2008

Going to explore


Same as pillar, originally uploaded by Sarolazmi.

Salam and hi to everyone my friends, today i'm going again to Sabah.
Going to explore Sabah with my few other friend like Kasturi and Fad.
Maybe it'll take few months there to finish our assigments given by our company.

Hope i can get all my dream picture and make money of it! hahaaa

Wednesday, September 24, 2008

Sabah Explorer


Silhouette Me, originally uploaded by Sarolazmi.

Lama dah aku tak menulis apa-apa disini. Sibuk dengan tugas serta menyesuaikan diri ditempat yang agak asing bagi aku budayanya. Lebih-lebih lagi makanan! Hampir dua minggu aku disini, 4 hari aku demam, tapi kerja tetap kena kerja. Aku dah mula rindu dengan semenanjung. Pada anakku, isteri, keluarga dan juga teman-teman.

Nasib baiklah aku sentiasa sibuk, jika tidak sudah pasti aku akan mengelamun setiap hari. Dalam tempoh dua minggu disini, boleh dikatakan aku dah hampir habis mengelilingi daerah Tuaran dan Ranau. Banyak juga pengalaman berharga aku dapat. Priceless, speechless and adventurous!

Di entry akan datang akan aku cuba selitkan gambar serta penglaman aku di Sabah...sebab sekarang ni banyak gambar yg belum aku process...rasanya dah lebih 20gb!

Wednesday, September 10, 2008

Photographer Dreams


Photographer Statue, originally uploaded by Sarolazmi.

Sampai bilakah aku akan bertahan dalam bidang ini?
Adakah ini kerjayaku?