Saturday, August 8, 2009

Year 1


Alhamdulillah...hari ini 8 Ogos 2009 Aqil anak aku cukup setahun. Membesar dengan sihat dan comel. Makin hari bertambah sayang padanya. Blog ini juga aktif kerana dia. hehe..hampir 7 bulan tak update. Hari ini juga Aqil rajin berjalan. Walaupun kekadang jatuh...tapi aku bangga, Aqil dah pandai berjalan!

Maka bermulalah 1 lagi episod dalam perjalanan hidup Aqil Za'im. Lepas ni sure aku kena kerap bawak dia pergi ronda2 taman...hahahah...Aqil dah pandai main cak cak ngan orang, pandai memberontak, pandai nak lari bila dipakaikan lampin!

Agaknya masa aku kecil dulu pun macam ni laa rupanya...hahah..sian mak aku...mak...saya sayang mak! Aqil jugak dapat kasih sayang dari mak aku...kalau Aqil balik kampung (Terengganu) lama...sure mak aku suruh ambil Aqil balik ke Serdang cepat.