Gambar kenangan bersama rakan yang berbangsa murut di Nabawan. Bertuahnya saya berkenalan dengan Andy (yg kanan) kerana masih lagi aktif mempromosikan kebudayaan masyarakat Murut ke seluruh pelosok tanah air. Kenangan yang amat berharga ketika di Nabawan.
Friday, December 12, 2008
Tuesday, November 11, 2008
Borneo Africa
Permulaan untuk 'wajah-wajah' Sabah...aku tiada masa untuk upload sejak kebelakangan ini...sibuk memanjang..jadi ini aja laa yang aku mampu nak pertontonkan dahulu...sekain..huhuuuuu
Monday, October 6, 2008
Going to explore
Salam and hi to everyone my friends, today i'm going again to Sabah.
Going to explore Sabah with my few other friend like Kasturi and Fad.
Maybe it'll take few months there to finish our assigments given by our company.
Hope i can get all my dream picture and make money of it! hahaaa
Wednesday, September 24, 2008
Sabah Explorer
Lama dah aku tak menulis apa-apa disini. Sibuk dengan tugas serta menyesuaikan diri ditempat yang agak asing bagi aku budayanya. Lebih-lebih lagi makanan! Hampir dua minggu aku disini, 4 hari aku demam, tapi kerja tetap kena kerja. Aku dah mula rindu dengan semenanjung. Pada anakku, isteri, keluarga dan juga teman-teman.
Nasib baiklah aku sentiasa sibuk, jika tidak sudah pasti aku akan mengelamun setiap hari. Dalam tempoh dua minggu disini, boleh dikatakan aku dah hampir habis mengelilingi daerah Tuaran dan Ranau. Banyak juga pengalaman berharga aku dapat. Priceless, speechless and adventurous!
Di entry akan datang akan aku cuba selitkan gambar serta penglaman aku di Sabah...sebab sekarang ni banyak gambar yg belum aku process...rasanya dah lebih 20gb!
Wednesday, September 10, 2008
Saturday, September 6, 2008
Paddy Village at Parit Buntar

Paddy Village at Parit Buntar, originally uploaded by Sarolazmi.
Dari dahulu lagi aku memang teringin sangat merasa dapat tinggal dikawasan kampung yang dikellingi dengan sawah padi. Kawasan yang bagiku amat cantik indah dan permai. Apatah lagi jikalau zaman kanak-kanak dapat dikembalikan, sudah pasti aku akan berkubang dalam kotak-kotak sawah! Berkejaran menerbangkan layang-layang, menangguk ikan disawah ataupun paling tidak, dikejar oleh bapaku dengan rotan kerana leka bermain tanpa menghiraukan kerja rumah!
Senario yang kugambarkan seperti diatas mungkin sudah tidak kelihatan lagi dizaman sekarang. Yelah, kebanyakan orang muda sekarang ini lebih selesa hidup dibandar jika hendak dibandingkan kehidupan dikampung. Kanak-kanak pula dari awal didedahkan dengan permainan video, computer, kompleks membeli belah, taman-taman permainan, dan internet!
Friday, September 5, 2008
Indah Alam Ciptaan Ilahi

Pekan Baru Motocross

My Son Aqil Za'im
